Kamis, 06 Desember 2012

Kalimat Menenangkan


Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. mutiara islam

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang kau miliki itu kepada teman saudara.Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Nikah Muda
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah..

Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar